Thursday 11 April 2013

PENGHARGAAN


Assalamualaikum w.b.t dan Selamat sejahtera diucapkan kepada semua. Pada 3 April 2013 yang lalu telah berlangsungnya pementasan Teater Muzikal Kampung Baru yang diadakan di Dewan besar Politeknik Premier Ibrahim Sultan Pasir Gudang, Johor.Pementasan ini merupakan hasil sebuah karya daripada Hatta Azad Khan yang memaparkan isu-isu yang terdapat di lingkungan atmosfera Kampung Baru dan ia telah dipentaskan oleh para pelajar semester 6 diploma Pengurusan Pelancongan Politeknik Premier Ibrahim Sultan. Tidak lupa atas tunjuk ajar yang telah diberikan oleh Miss Ena :) dan Encik Zul :) kerana telah membimbing kami sehingga berjayanya pementasan Teater Muzikal Kampung Baru edisi Politeknik Ibrahim Sultan. 

SINOPSIS


Sekumpulan anak muda berilmu, lulusan universiti luar dan dalam negara pelbagai bidang bersatu tenaga di bawah teraju Gulam Russel. Mereka membuat pelan dan perancangan membangunkan Kampung Baru secara menyeluruh, lengkap dengan infrastruktur, latihan kemahiran penduduk, serta agihan hartanah selepas dibangunkan. Kumpulan ini telah mengadakan penyelidikan yang rapi di seluruh jabatan kerajaan dan pihak berkuasa bandar raya tentang segala aspek ekonomi, sosial dan perundangan Kampung Baru.Apabila mereka mengemukakan idea itu kepada penduduk Kampung baru pelbagai peringkat umur, mereka mendapat reaksi yang pelbagai. Haji Palawan, golongan tua yang merupakan penduduk asal Kampung Baru sukar dibawa berunding. Dia menyimpan rasa geram dan dendam yang mendalam terhadap kegagalan pihak yang bertanggungjawab membangunkan Kampung Baru. Haji Palawan teringatkan Kongres Melayu yang pernah diadakan di Padang Kelab Sulaiman pada tahun 1946. Dia mengimpikan pemimpin seperti Dato` Onn dan Tunku Abdul Rahman.Raja Molek dan dua suruhannya Nesan dan Jalad pula sentiasa mencari kesempatan untuk mendapatkan habuan dengan jalan menyewakan hartanah Kampung Baru kepada sesiapa sahaja yang mahu menjalankan apa-apa sahaja jenis perniagaan. Mereka juga menentang cadangan Gulam dan kawan-kawan. Namun, kumpulan yang berilmu dan bersemangat kental ini tidak mudah mengalah. Mereka turut disokong oleh Mak Renong dan Cik Pa. Haji Palawan akhirnya memberi restu. 






Tiket untuk penonton ke pementasan Teater Muzikal Kampung Baru



Jemputan khas yang disediakan untuk Pengarah Politeknik Ibrahim Sultan dan Ketua Jabatan 






 Suasana Dewan besar Politeknik Ibrahim Sultan ketika dihias untuk pementasan




































Beberapa "prop" yang telah digunakan untuk pementasan