Sekumpulan anak muda berilmu, lulusan universiti luar dan dalam negara
pelbagai bidang bersatu tenaga di bawah teraju Gulam Russel. Mereka membuat
pelan dan perancangan membangunkan Kampung Baru secara menyeluruh, lengkap
dengan infrastruktur, latihan kemahiran penduduk, serta agihan hartanah selepas
dibangunkan. Kumpulan ini telah mengadakan penyelidikan yang rapi di seluruh
jabatan kerajaan dan pihak berkuasa bandar raya tentang segala aspek ekonomi,
sosial dan perundangan Kampung Baru.Apabila mereka mengemukakan idea itu kepada
penduduk Kampung baru pelbagai peringkat umur, mereka mendapat reaksi yang
pelbagai. Haji Palawan, golongan tua yang merupakan penduduk asal Kampung Baru
sukar dibawa berunding. Dia menyimpan rasa geram dan dendam yang mendalam
terhadap kegagalan pihak yang bertanggungjawab membangunkan Kampung Baru. Haji
Palawan teringatkan Kongres Melayu yang pernah diadakan di Padang Kelab
Sulaiman pada tahun 1946. Dia mengimpikan pemimpin seperti Dato` Onn dan Tunku
Abdul Rahman.Raja Molek dan dua suruhannya Nesan dan Jalad pula sentiasa
mencari kesempatan untuk mendapatkan habuan dengan jalan menyewakan hartanah
Kampung Baru kepada sesiapa sahaja yang mahu menjalankan apa-apa sahaja jenis
perniagaan. Mereka juga menentang cadangan Gulam dan kawan-kawan. Namun,
kumpulan yang berilmu dan bersemangat kental ini tidak mudah mengalah. Mereka
turut disokong oleh Mak Renong dan Cik Pa. Haji Palawan akhirnya memberi restu.
Tiket untuk penonton ke pementasan Teater Muzikal Kampung Baru
Jemputan khas yang disediakan untuk Pengarah Politeknik Ibrahim Sultan dan Ketua Jabatan
No comments:
Post a Comment